orang disekeliling mungkin nampak aku kadang-kadang senyap..kadang-kadang tersenyum...tapi hanya aku yang tahu bila aku cuba untuk diam dan tersenyum, hati aku sedang terluka dan menangis...makin hari makin hebat dugaan yang Dia berikan kepada hambanya ini... aku cuba untuk tabahkan hati dan diri aku dalam menghadapi hari-hari yang mendatang... tapi aku sebagai seorang wanita, mana mungkin air mata ini tidak akan mengalir keluar membasahi pipi... aku rasa macam aku sudah penat untuk menapak lagi menempuh keesokan harinya... kerana aku takut akan terpalit luka lagi di hati ini... yang menanggung nya adalah hati ini juga... kawan-kawan aku selalu ingat kan aku bahawa Dia berikan aku dugaan itu kerana Dia tahu aku mampu untuk menghadapi nya... tapi, hanya yang menanggung akan tahu betapa susah nye untuk menghadapi ujian yg mendatang ini...
mungkin belum tercatat rezeki untuk aku mempunyai baby sendiri.. tetapi kalau rezeki itu tidak tercatat untuk aku.. siapa lah aku untuk mempersoalkan ketentuan-Nya... hanya tangisan sahaja yang mampu menjadi milik aku untuk kesekian kali nye.....kawan-kawan aku semua kesian kan nasib aku... tapi aku hanya berlakon seperti biasa.. seperti tidak sedih...seperti aku tidak mengalami apa-apa masalah.. sedangkan dibelakang mereka aku menangis semahu mungkin.....
*doakan semoga luka sembuh menjelang hari esok*