~ my signature ~

Tuesday, November 1, 2011

... Tanda-Tanda Kehamilan ...

Adakah anda sedang hamil? Kebanyakan wanita tidak menyedari diri mereka telah hamil selepas mereka terlepas haid selepas seminggu hingga 2 minggu.

Jika anda tidak mencatat tarikh menstrual anda atau ianya kadangkala tidak tetap setiap bulan, adalah sedikit sukar untuk memastikan bilakah haid anda akan datang untuk bulan berikutnya. Tetapi jika anda mulai merasakan akan simptom-simptom berikut dan tidak datang haid untuk beberapa ketika, anda mungkin sudah pun berjaya hamil. Dapatkan alat pengesan kehamilan dan ketahuilah sekarang.

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

6. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

9. Suhu badan meningkat

Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

Monday, October 31, 2011

... Panas Hati ...

musibah or musibat....aku rasa korang ni mmg MUSIBATTTTTTTTTT LAH....

Monday, October 24, 2011

... Lapar... lapar... Lapar...

sila jgn tanya ape2... sy lapar.. lapar.. lapar dan lapar lagi.. makan tak sampai sejam.. perut dah bunyi lagu keroncong utk ana.. ape kes perut nie..... bukan sikit2 dia punya lapar.. siap berbunyi2 mcm orang tak makan lagi tue.... bela jin ke apa dalam perut nie.. sekarang tgh duk tahan lapar lagi... OMG.. sy nak nasi dagang.. semua ni gara2 ada akak tu update ttg dia mkn nasi dagang pagi tadi... sy nak.. nak... nak... owh kak fidddd... kenapa anda sebut ttg nasi dagang tue... uwaaaa... tolong la sy.. sy lapar nie.. bkn lapar.. tapi tahap kebulur nie..

Tuesday, October 18, 2011

... Dari Alam Maya ke Alam Realiti ...

percaya tak pada cinta dari alam maya membawa kita kepada alam realiti... contoh cinta di alam maya adalah fb, myspace, friendster dll.. dari dulu lagi sy selalu dgr ada yg kecewa bila bertemu cinta di alam maya dan diakhiri dgn air mata... ada pula yg gembira dan diakhiri dgn alam perkahwinan... bagi sy, cinta di alam maya tu terletak pada diri kita sendiri untuk menilainya.. tak semua yg ada di alam maya tu betul... dan tak semua yg ada di situ menipu... sebelum ni banyak kali juga sy gagal bercinta dgn orang yg sy kenal di alam maya tue... tapi gagal sekali tak mungkin akan gagal untuk seumur hidup kan... kalau nak diikutkan, mmg dah hilang rasa percaya pada semua lelaki kat dunia ni rasa nye.. tapi jgn disebabkan oleh 1 manusia... kt perlu menghukum manusia yg lain kan...

kalau nak tahu... mmg lah sy bertemu dgn kekasih halal sy ni dgn diperkenalkan oleh seorang kwn.. tp alam maya juga la yg menghubungkan kami iaitu FB.. dari situ lah kami lebih mengenali antara 1 sama lain.. dari situ lah juga kami lebih rapat walau sering berselisih faham.. dari situ juga la jodoh sy berpanjangan.. bukan nak kata apa lah.. syukur rasa ny dipertemukan dgn org yang benar2 boleh menerima baik dan buruk sy...

bertemu di alam maya ni ada baik dan buruk nye... so pandai2 lah kita menilai ny dari segala sudut.. semoga semua nya berakhir dengan kebahagiaan yg berkekalan.. amin.. :)

Monday, October 17, 2011

... Baru Masuk Kerja ...

Assalamualaikum w.b.t... selamat pagi malaysia... perghhh... mai kita sapu2 sikit sawang n habuk kat blog nie.... dah mcm teruk sgt tak berupdate punya lama.. al maklum la sy bz sikit baru-baru nie.. orang dah tukar status mmg camnie.. bz tak bertempat... nak menaip pun dah tahap merangkak-rangkak coz dah lama tak jumpa keyboard... hehehehe... nanti sy update cerita-cerita di hari akah nikah sy ya.. buat masa ni sy nak setelkan keje yg tak berapa nak ada kat meja sy nie... bubye... n_n*

Tuesday, October 4, 2011

... 4 Oktober 2011 ...

4 Oktober 2010 sehingga 4 Oktober 2011 - suka duka 1 cerita... genap setahun usia perkenalan kami... semoga semuanya sentiasa berjalan dengan lancar dan diberkati oleh-Nya... sy tahu sedangkan lidah lagi tergigit... ini kan pula hubungan kita sesama manusia.. ada pasang dan surut nye... sy harap sy dapat menempuhi hari2 yang mendatang dengan tabah ny sebagai seorang wanita yang bakal bergelar isteri. *_*

Monday, October 3, 2011

... Kisah Setahun Yang Lalu ...

assalamualaikum w.b.t.... sopan kan sy bagi salam.. anak dara sapa la nie ek.. ok.. harini nak bercerita agak panjang ye... cerita tentang dia... cerita tentang setahun yang lalu... cerita kau dan aku.. chewahh.... al-kisah nye bermula begini.. sy kenal encik tunang sy pada 4 oktober 2010.. encik tunang sy ni sebenar nye kwn kpd tunang kwn sy... agak2 faham tak ayat sy tu...?? kalau x faham pun sila2 la buat faham ok.. kwn sy ni adalah nisa...n tunang dia nama nye faizal.. samakan nama dgn encik tunang sy... hehehee... si faizal n encik tunang sy ni 1 poly dulu... masa mereka kenalkan sy dgn encik tunang sy nie, keadaan sy agak meroyan coz sy baru putus cinta... ngam kan.. putus cinta terus kenal dgn org len... oke tutup cite sal org len tue...sebab sekarang nk cite ttg encik tunang sy... faizal ni suruh encik tunang sy add sy kat FB...so dari situ la bermula sebuah kisah suka duka kami... (ayat mesti mau drama lebih oke...)

4 Oktober 2010 - kami bertemu dilaman sesawang FB... disitu kenal sikit2... sy galak sikit2.. dia pn gatal sikit2..hahahaha.... mula2 tu PM.. pastu chat... pastu mesti la msg... n pastu plak mesti la calling2... past dah calling2 tu... kami pun decide nak jumpa... apa barang kan duk tgk pict kat fb.. of course la muka sy semua budget2 cun aje nye kan....

9 Oktober 2010 - agak2 dlm tengahari tak berapa nak tengahari sangat lah kan.. encik tunang sy jemput sy kat block rumah sy yg bermukim di presint 9 putrajaya... ermmm... mcm mana nak cakap mula2 face to face tu kan... muka mcm malu2 kambing gurun pun ada sy nie... tp buat mcm relex aje.. coolll... sy kan dah matang... so kena hadap benda2 mcm 1st date nie dengan tenang nye... (konon2 tenang aje nye nie oke...) sy dan encik tunang pergi ke dominos presint 8 putrajya coz dah berjanji dengan kwn kami yg telah memperkenalkan kami iaitu nisa n faizal... lepas lepak dgn mereka.. ktorang bawa haluan sendiri... lepak kat presint 2, lokasinya depan bangunan Palace Of Justice... mmg takde tempat len dah rupa nye nak lepak kan... duk kat situ pun sebab nak tunggu kwn2 encik tunang coz nak pergi makan2 kat rmh ex boss dia di bangi.. makan lagi kannnnn.. past ke sana.. kami ke alamanda... mesti la tgk wayang.... n then main bowlingggggg... pastu ke mcd equin park... makannnnn.. ape lg kan..aktiviti wajib tuh... 1st date yg begitu penuh aktiviti walaupun mcm malu2 aje nye..hahahahaa... dihantar pulang setelah penat menghabiskan hari sabtu yang agak pjg tue...

10 Oktober 2010 - perggghhh... mesti korang akan ckp sy gejoloh tahap gaban kan... hahahahaha... klu korang nak cakap pn.... ada aku kisah.. sebab pada tarikh ni ktorang COUPLE..... mmg sy sendiri pun tak percaya dengan keputusan yang dibuat.. tak tahu la guna akal ke tak waktu buat keputusan nie.. tapi disebabkan keputusan ini lah... hari ini... sy bergelar tunangan orang... mungkin semua itu telah ditakdirkan... kita hanya merancang.. tapi sesungguh nya Dia la menentukan segalanya...

11 Oktober 2010 sehingga 17 Jun 2011 - bermacam2 pergaduhan telah terjadi.. bermacam2 cerita telah tertulis... bermacam2 drama telah di rakamkan oleh kami sendiri... pendek ceritanya... dalam jangkamasa nie sesi suai kenal sesama sendiri.. sesama keluarga telah terjadi dengan sengaja atau tidak disengajakan... *_*

18 Jun 2011 - family nye datang ke teratak abah dan mak sy secara rasminya utk merisik khabar sy... mula2 mmg nak buat merisik pun... tapi tiba2 jd bertunang.. mmg haritu rasa mcm tunang secara koboi pn ada.. sb benda tak rancang.. tapi kadang2 elok jugak perkara yang tak dirancang nie... kadang2 benda yg dirancang tu belum tentu jadi nye kan..... waktu family encik tunang datang, semua nye telah ditetapkan... majlis akad nikah kami akan diadakan pada 9 Oktober 2011... kira nya genap setahun ktorang jumpa... sy akan bergelar isteri nye... 24 Disember pula adalah majlis bersanding.. sebab ape kami nikah awal... sebab nye.. kalau nak tahu.. sila berhubung terus ke talian tetap sy ek..hehehehe...

3 Oktober 2011 - harini.. sy menaip entry nie... mood sy sgt happy... tapi dalam happy tu.. sy sgt nervous... tinggal 5 hari lagi untuk sy mengakhiri zaman bujang sy... dalam happy sy juga tu terselit kesedihan.. sy sedih sebab, abah dan mak tiada di sisi sewaktu hari bahagia sy nanti... tapi walau mcm mana pun.. mereka akan tetap ada dihati sy.... n_n

p.s : kadang2... apa yang kita rancang.. apa yang kita cuba rangkakan... apa yang kita fikirkan... belum tentu menjadi seperti yg kita kehendaki... dengan siapa kita berkenalan..dengan siapa kita berkawan... dengan siapa kita bercinta... belum tentu dengan insan itu kita akan bernikah suatu hari nanti... biar lah yang terbaik itu datang dengan sendiri nye... usaha itu mmg perlu.. tapi kita perlu tahu di mana limit kita untuk berusaha itu....