~ my signature ~

Wednesday, December 21, 2011

... Mulakan Pagi Anda Dengan Terbersin ...


21 Disember 2011 - mmg suka pagi2 hari dimulakan dengan terbersin nie.. al-kisah terjadi bila kat ofis ni sedang rancak memasang pewangi untuk menghalau lalat... diorang panggil benda alah tu serai wangi rasa nya.... bau dia memang terbaik lah... dari masuk ofis sampai ke sekarang nie.. dah berapa kali duk terbersin je... penat kut bila terbersin nie... mcm seluruh tenaga keluar utk memuaskan nafsu terbersin... ayat tak leh blah kan... hope biar lah terbersin ni sebab kan pewangi tu... jangan la buat sampai diriku terkena selsema.... den nak naik pelamin minggu nie... kalau duk selsema ape nak jadi... dah la kat bawah idung ni dah naik sebijik jerawat... macam mana nak buat kasi ilang jerawat nie..... uwaaaaaaaaaa....

Monday, December 19, 2011

... Susah Susah Sendiri... Bersenang Lenang Pasti Beramai ...

ORANG akan mengharapkan kita membantu dikala MEREKA KESUSAHAN...
tapi orang itu TIDAK MUDAH untuk membantu dikala KITA KESUSAHAN...

*kawan bergelak ketawa mungkin ramai..*
*tetapi kawan di kala bersedih??? sabar je lah kan....*

Friday, December 16, 2011

... Bunga April ...


tiba2 je duk layan cite Bunga April kat tv3 nie... waktu tayangan kul 10.30 setiap hari selasa - khamis... mula2 haritu duk tengok 1st episod je... and then episod2 seterusnya nak tengok.. tapi tak sempat tengok... tv dulu yang tengok saya.. hahaha.... semalam tiba2 boleh layan semula cite nie... dah besar2 pulak pelakon dia.. hari tu tgk watak diorang semua dak kecik lagi...

nak diceritakan nye... saya sebenar nye jatuh suka dgn watak si Azman yang dilakon kan oleh zack x-factor... ooo sangat la tiba2 jatuh hati dengan watak dia yang agak cool and control macho tu... tiba2 terbayang sy plak jadi tasha shila... dah la watak tasha shila dalam tu nama dia Ain@April... what the hackkkkk... nama sy lagi... hahaha.. sila jgn perasan.. nama je la selalu kuar tv.. org nye hareeeemmmmm....

tak sabar nk tengok minggu depan sambungan cite tue... kes nye nak tengok Azman je walaupun dia 2nd hero... hahahaha.... chow...

Wednesday, December 14, 2011

... Guest Book ...

tadi pergi jusco equin beli balang2 kaca and balang dari tanah liat... ada gak beli bakul comey2... semua tu untuk candy bar saya nanti... sekarang ni misi mencari guest book pulak nye... pergi MPH kat alamanda tu mmg la ada.. tapi guest book dia mcm kurang menarik... agak kecik and nipis pulak tu... macam tak sesuai aje nye... ada kawan kata cuba tengok kat jusco.. tadi usha2 dah habis la pulak... nak kena jelajah jusco lain pulak le nampak nye minggu nie... kalau tak jumpa jugak nie... mau amik kertas A4 kat ofis ni ku jadikan guest book akhir nye... hahaha....

... Alahai ...

adoi.... dari petang semalam kepala belah kiri ni rasa macam kena cucuk2 dgn jarum aje nye... sakit kut.... nie sebab tekanan kerja ke... ke sebab tekanan majlis minggu depan... or sy yg mmg dah tak cukup rehat sekarang nie... mata nie dari pagi sampai petang mengadap PC.. dlm waktu lain mengadap hp... kat rumah mengadap tv and lappy pulak... adakah ini semua penyebab kepala sebalah kiri saya nie semakin sakit....

alahai..... jgn la sakit waktu2 mcm nie.. keje banyak lagi atas meja nak kena disiapkan sebelum start cuti minggu depan... makin cuba siap kan makin banyak rasa nya.... dengan nak uruskan majlis lagi nye... siapa kata uruskan majlis perkahwinan nie senang.. bagi mereka yang ramai pembantu mungkin perkara itu dipandang mudah sahaja.. tapi bagi saya yang uruskan sendiri n dengan suami nya jauh... juz hari minggu dapat uruskan perkara ni bersama2.. masa akan sentiasa tidak cukup.... and semuanya perlu diuruskan dengan bijak...

ayoyoyooo...... perlu ke klinik jugak harini... takut sakit makin teruk... nanti siapa yang nak duduk atas pelamin kan..... oke lah.. cau sin chi...

Tuesday, December 13, 2011

... Candy Bar ...

hailahhh kassimmm.. duk kalut cari candy utk diberikan kat budak2 yg bakal datang untuk majlis persandingan nanti... phewwww... puas la duk fikir apa yang nak di berikan... alik2 timbul 1 persatu jenis candy... semua candy zaman kita kecik2 dulu.... kalau nak bagitau nama 1 persatu mmg tak tahu la kan.. kalau dah tengok baru la tau macam mana rupa candy tue....

niat dihati nak buat macam lain sikit dari yang lain.. tapi style ni sebenar nya dah ramai orang praktikkan.. cuma jarang nampak.. selalu kita pergi kenduri, tuan rumah akan pack kan semua candy dlm 1 paper beg or plastic beg kan... tapi kali ni sy nak sediakan 1 meja untuk letak semua candy tue.. so adik2 yg berminat boleh la dengan tidak malu nye pergi ambil ye.. hehehe... orang2 dewasa tak boleh ambil tau... boleh camtu??? hahahaa... tak kisah siapa nak ambil pun.. kalau sy jadi tetamu tentu sy pun nak ambil rasa candy tue... sebab konsep saya untuk majlis nie, semua candy tu adalah candy zaman kita kecil2 dulu..... orang dewasa pun akan suka dgn benda alah tue.....

ni contoh2 candy bar yg orang lain pernah buat....
-
-
-
-
-
-

--
-
-
-
-
doakan saya berjaya membuat semua nye seperti yang dirancangkan.... chayouk3x..


... Souvenir ...

dup dap dup dap....tak sampai 2 weeks lagi majlis persandingan sy... banyak benda yang dah setel.. dan banyak jugak yang masih di awangan... pagi ni mcm agak suka sebab tgk pict souvenir yg dah hampir siap... tak sangka jugak benda secomel itu akan jadi souvenir utk majlis persandingan sy nanti.. puas jugak la memikir kan ape yang diberikan kepada tetamu supaya jadi ingatan... time nikah aritu puas jugak perah otak ni nak kasi ape kat tetamu.... perah punya perah.. sampai tahap kering kontang... alik2 kasi botol jem n letak biskut comey2 dalam tu.... sekarang masa untuk fikir souvenir nak kasi waktu majlis next week nie..... kawan baik sy si ANN KHAIDIR yang berusaha keras dlm membantu sy memikir tentang benda alah nie.. dia jugak la yang tolong carikan orang nak buat benda alah seramik nie... sgt comey.....ni la gambar benda alah comey tu.....


kita kasi tengok sipi2 je benda alah ni dulu yerp....

bagi sesiapa yang terasa nak tgk benda alah ni secara siap sepenuh nye... jemput lah datang ke majlis persandingan sy nanti.. wahhh.. dah mcm artis ek men jemput camtu je... bagi kawan2 terdekat tak kira la kawan sekolah ke.. kawan poly ke.. kawan atas kawan ke... kawan kerja ke.. jemput la ye.. mungkin sy tak sempat nak hantar kad.. maklum la.. kebanyakan hal urus sendiri.. so maaflah jika ada kekurangan...




Monday, December 5, 2011

... Kelam Kelibut ...

alahaiiiiiiiii kepala semakin ting tong sekarang nie...lagi tak brapa hari je lagi majlis persandingan kami akan berlangsung... still ada benda yang tak dilengkap.... rite now ada 2 perkara yang still tak setel2 lagi... 1st adalah tentang kek.. 2nd adalah tentang pengacara @ MC utk majlis kami nanti... ayoyoyoyooo... ini seriusssssss..... adoiiii.. mana nak cari nie...... rasa nak menangis pun ada ha... kenapa la perlu uruskan sendirian semua perkara yang penting nie.. sudah2 ny ada sy sendiri yg jd MC nanti.. ape mcm.. ngam gila kan.......haissssshhhhhh....

Tuesday, November 29, 2011

... tak perlu jadi bangkai sangat ok ...

memang betul dalam sesebuah organisasi akan wujud seorang manusia yang berhati busuk atau lebih tepat lagi hati bau bangkai..... manusia macam ni suka untuk melihat kejatuhan kakitangan lain... dia juga suka untuk menyebarkan cerita-cerita yang menunjukkan kesalahan orang yang dia tidak suka...... mcm dia tu dah habis bagus lah dalam kerja... eh tolong la sikit ek makcik and pakcik.. jgn nak propa sangat boleh tak kat boss tue??? idup awak tu makin lama makin tua.. bukan makin muda... sudah-sudah la mencari kesalahan orang lain.. elok-elok dah berhenti daripada jadi bangkai hidup dalam ofis nie.. makin hari semakin menyampah sy tengok muka bangkai2 nie.. ayoyoyoyo... tlg la tolak ansur sikit.. apa ingat kerja awak tu dah sehabis perfect ke?? kalau pencacai ni buat kerja bagus.. awak gak dapat nama.. dapat pujian.. kalau pencacai ni buat salah sikit.... awak punya mengata and membawa cerita tu mengalahkan awak je la yang betul dan tak pernah buat silap dalam hidup nie kan..... makin hari makin menyampahhhhhh dengan keadaan sekeliling... semua ny tahu nak mengipassssssss pegawai atasan aje.... cuba lah kerja tu elok-elok sikit... tak payah nak berhasad dengki sangat boleh takkkk...haishhhhhh....

Thursday, November 17, 2011

... Dhia ...

Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi

Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Takkan dirimu dilukai

Wednesday, November 2, 2011

... Kerja ...kerja... Kerja ...

mulai harini waktu bekerja sy sama seperti waktu sy bujang dulu... masuk ofis pukul 7.30 pagi... 7.30 mlm masih di ofis... owhhh sangat la cemerlang kan... nak buat macam mana.. saya yang menurut perintah... so turut je lah... mungkin jua sabtu dan ahad perlu bekerja... so... lu pikirlah sendiri ain...

Tuesday, November 1, 2011

... Tanda-Tanda Kehamilan ...

Adakah anda sedang hamil? Kebanyakan wanita tidak menyedari diri mereka telah hamil selepas mereka terlepas haid selepas seminggu hingga 2 minggu.

Jika anda tidak mencatat tarikh menstrual anda atau ianya kadangkala tidak tetap setiap bulan, adalah sedikit sukar untuk memastikan bilakah haid anda akan datang untuk bulan berikutnya. Tetapi jika anda mulai merasakan akan simptom-simptom berikut dan tidak datang haid untuk beberapa ketika, anda mungkin sudah pun berjaya hamil. Dapatkan alat pengesan kehamilan dan ketahuilah sekarang.

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

6. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

9. Suhu badan meningkat

Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

Monday, October 31, 2011

... Panas Hati ...

musibah or musibat....aku rasa korang ni mmg MUSIBATTTTTTTTTT LAH....

Monday, October 24, 2011

... Lapar... lapar... Lapar...

sila jgn tanya ape2... sy lapar.. lapar.. lapar dan lapar lagi.. makan tak sampai sejam.. perut dah bunyi lagu keroncong utk ana.. ape kes perut nie..... bukan sikit2 dia punya lapar.. siap berbunyi2 mcm orang tak makan lagi tue.... bela jin ke apa dalam perut nie.. sekarang tgh duk tahan lapar lagi... OMG.. sy nak nasi dagang.. semua ni gara2 ada akak tu update ttg dia mkn nasi dagang pagi tadi... sy nak.. nak... nak... owh kak fidddd... kenapa anda sebut ttg nasi dagang tue... uwaaaa... tolong la sy.. sy lapar nie.. bkn lapar.. tapi tahap kebulur nie..

Tuesday, October 18, 2011

... Dari Alam Maya ke Alam Realiti ...

percaya tak pada cinta dari alam maya membawa kita kepada alam realiti... contoh cinta di alam maya adalah fb, myspace, friendster dll.. dari dulu lagi sy selalu dgr ada yg kecewa bila bertemu cinta di alam maya dan diakhiri dgn air mata... ada pula yg gembira dan diakhiri dgn alam perkahwinan... bagi sy, cinta di alam maya tu terletak pada diri kita sendiri untuk menilainya.. tak semua yg ada di alam maya tu betul... dan tak semua yg ada di situ menipu... sebelum ni banyak kali juga sy gagal bercinta dgn orang yg sy kenal di alam maya tue... tapi gagal sekali tak mungkin akan gagal untuk seumur hidup kan... kalau nak diikutkan, mmg dah hilang rasa percaya pada semua lelaki kat dunia ni rasa nye.. tapi jgn disebabkan oleh 1 manusia... kt perlu menghukum manusia yg lain kan...

kalau nak tahu... mmg lah sy bertemu dgn kekasih halal sy ni dgn diperkenalkan oleh seorang kwn.. tp alam maya juga la yg menghubungkan kami iaitu FB.. dari situ lah kami lebih mengenali antara 1 sama lain.. dari situ lah juga kami lebih rapat walau sering berselisih faham.. dari situ juga la jodoh sy berpanjangan.. bukan nak kata apa lah.. syukur rasa ny dipertemukan dgn org yang benar2 boleh menerima baik dan buruk sy...

bertemu di alam maya ni ada baik dan buruk nye... so pandai2 lah kita menilai ny dari segala sudut.. semoga semua nya berakhir dengan kebahagiaan yg berkekalan.. amin.. :)

Monday, October 17, 2011

... Baru Masuk Kerja ...

Assalamualaikum w.b.t... selamat pagi malaysia... perghhh... mai kita sapu2 sikit sawang n habuk kat blog nie.... dah mcm teruk sgt tak berupdate punya lama.. al maklum la sy bz sikit baru-baru nie.. orang dah tukar status mmg camnie.. bz tak bertempat... nak menaip pun dah tahap merangkak-rangkak coz dah lama tak jumpa keyboard... hehehehe... nanti sy update cerita-cerita di hari akah nikah sy ya.. buat masa ni sy nak setelkan keje yg tak berapa nak ada kat meja sy nie... bubye... n_n*

Tuesday, October 4, 2011

... 4 Oktober 2011 ...

4 Oktober 2010 sehingga 4 Oktober 2011 - suka duka 1 cerita... genap setahun usia perkenalan kami... semoga semuanya sentiasa berjalan dengan lancar dan diberkati oleh-Nya... sy tahu sedangkan lidah lagi tergigit... ini kan pula hubungan kita sesama manusia.. ada pasang dan surut nye... sy harap sy dapat menempuhi hari2 yang mendatang dengan tabah ny sebagai seorang wanita yang bakal bergelar isteri. *_*

Monday, October 3, 2011

... Kisah Setahun Yang Lalu ...

assalamualaikum w.b.t.... sopan kan sy bagi salam.. anak dara sapa la nie ek.. ok.. harini nak bercerita agak panjang ye... cerita tentang dia... cerita tentang setahun yang lalu... cerita kau dan aku.. chewahh.... al-kisah nye bermula begini.. sy kenal encik tunang sy pada 4 oktober 2010.. encik tunang sy ni sebenar nye kwn kpd tunang kwn sy... agak2 faham tak ayat sy tu...?? kalau x faham pun sila2 la buat faham ok.. kwn sy ni adalah nisa...n tunang dia nama nye faizal.. samakan nama dgn encik tunang sy... hehehee... si faizal n encik tunang sy ni 1 poly dulu... masa mereka kenalkan sy dgn encik tunang sy nie, keadaan sy agak meroyan coz sy baru putus cinta... ngam kan.. putus cinta terus kenal dgn org len... oke tutup cite sal org len tue...sebab sekarang nk cite ttg encik tunang sy... faizal ni suruh encik tunang sy add sy kat FB...so dari situ la bermula sebuah kisah suka duka kami... (ayat mesti mau drama lebih oke...)

4 Oktober 2010 - kami bertemu dilaman sesawang FB... disitu kenal sikit2... sy galak sikit2.. dia pn gatal sikit2..hahahaha.... mula2 tu PM.. pastu chat... pastu mesti la msg... n pastu plak mesti la calling2... past dah calling2 tu... kami pun decide nak jumpa... apa barang kan duk tgk pict kat fb.. of course la muka sy semua budget2 cun aje nye kan....

9 Oktober 2010 - agak2 dlm tengahari tak berapa nak tengahari sangat lah kan.. encik tunang sy jemput sy kat block rumah sy yg bermukim di presint 9 putrajaya... ermmm... mcm mana nak cakap mula2 face to face tu kan... muka mcm malu2 kambing gurun pun ada sy nie... tp buat mcm relex aje.. coolll... sy kan dah matang... so kena hadap benda2 mcm 1st date nie dengan tenang nye... (konon2 tenang aje nye nie oke...) sy dan encik tunang pergi ke dominos presint 8 putrajya coz dah berjanji dengan kwn kami yg telah memperkenalkan kami iaitu nisa n faizal... lepas lepak dgn mereka.. ktorang bawa haluan sendiri... lepak kat presint 2, lokasinya depan bangunan Palace Of Justice... mmg takde tempat len dah rupa nye nak lepak kan... duk kat situ pun sebab nak tunggu kwn2 encik tunang coz nak pergi makan2 kat rmh ex boss dia di bangi.. makan lagi kannnnn.. past ke sana.. kami ke alamanda... mesti la tgk wayang.... n then main bowlingggggg... pastu ke mcd equin park... makannnnn.. ape lg kan..aktiviti wajib tuh... 1st date yg begitu penuh aktiviti walaupun mcm malu2 aje nye..hahahahaa... dihantar pulang setelah penat menghabiskan hari sabtu yang agak pjg tue...

10 Oktober 2010 - perggghhh... mesti korang akan ckp sy gejoloh tahap gaban kan... hahahahaha... klu korang nak cakap pn.... ada aku kisah.. sebab pada tarikh ni ktorang COUPLE..... mmg sy sendiri pun tak percaya dengan keputusan yang dibuat.. tak tahu la guna akal ke tak waktu buat keputusan nie.. tapi disebabkan keputusan ini lah... hari ini... sy bergelar tunangan orang... mungkin semua itu telah ditakdirkan... kita hanya merancang.. tapi sesungguh nya Dia la menentukan segalanya...

11 Oktober 2010 sehingga 17 Jun 2011 - bermacam2 pergaduhan telah terjadi.. bermacam2 cerita telah tertulis... bermacam2 drama telah di rakamkan oleh kami sendiri... pendek ceritanya... dalam jangkamasa nie sesi suai kenal sesama sendiri.. sesama keluarga telah terjadi dengan sengaja atau tidak disengajakan... *_*

18 Jun 2011 - family nye datang ke teratak abah dan mak sy secara rasminya utk merisik khabar sy... mula2 mmg nak buat merisik pun... tapi tiba2 jd bertunang.. mmg haritu rasa mcm tunang secara koboi pn ada.. sb benda tak rancang.. tapi kadang2 elok jugak perkara yang tak dirancang nie... kadang2 benda yg dirancang tu belum tentu jadi nye kan..... waktu family encik tunang datang, semua nye telah ditetapkan... majlis akad nikah kami akan diadakan pada 9 Oktober 2011... kira nya genap setahun ktorang jumpa... sy akan bergelar isteri nye... 24 Disember pula adalah majlis bersanding.. sebab ape kami nikah awal... sebab nye.. kalau nak tahu.. sila berhubung terus ke talian tetap sy ek..hehehehe...

3 Oktober 2011 - harini.. sy menaip entry nie... mood sy sgt happy... tapi dalam happy tu.. sy sgt nervous... tinggal 5 hari lagi untuk sy mengakhiri zaman bujang sy... dalam happy sy juga tu terselit kesedihan.. sy sedih sebab, abah dan mak tiada di sisi sewaktu hari bahagia sy nanti... tapi walau mcm mana pun.. mereka akan tetap ada dihati sy.... n_n

p.s : kadang2... apa yang kita rancang.. apa yang kita cuba rangkakan... apa yang kita fikirkan... belum tentu menjadi seperti yg kita kehendaki... dengan siapa kita berkenalan..dengan siapa kita berkawan... dengan siapa kita bercinta... belum tentu dengan insan itu kita akan bernikah suatu hari nanti... biar lah yang terbaik itu datang dengan sendiri nye... usaha itu mmg perlu.. tapi kita perlu tahu di mana limit kita untuk berusaha itu....

Friday, September 30, 2011

... Saat Masa Terhenti ...

di saat masa terhenti di sini... aku duduk termenung memikirkan masa lalu yg telah aku tempuhi.... aku duduk termenung lagi disitu memikirkan hari esok yang bakal aku hadapi... ketika itu jua jatuh berguguran air mata membasahi pipiku ini... sudah lah ain... usah ditangisi lagi apa yang telah terjadi... hidup kau mmg sentiasa ditemani air mata... air mata itu sahabat kau yang paling setia... kau dan airmata tidak mungkin dapat dipisahkan lagi... sesungguh nya, dugaan itu selalu datang bertemu diri ku ini.... sesungguhnya jua, aku perlu lebih tabah untuk menghadapi semua dugaan yang akan aku tempuhi.... tabah untuk saat ini... esok... dan hari-hari yang mendatang...

Tuesday, September 27, 2011

... Pre-Wedding Punya Cerita ...

Akhirnya selesai gak photoshot untuk pre-wedding kami... kira oke lah sebab semua ny berjalan dgn lancar kan... duk fikir-fikir kat mana nak wat photoshot, lastnya stesen KTM, Kuala Lumpur menjadi pilihan.... agak malu-malu jugak mula-mula nak berposing tu... sebab tu kan tempat awam.. so ramai lah orang lalu-lalang kat kawasan tu... dengan muka tak tahu malu nya sy and encik tunang bergambar aje lah.. kalau duk malu sampai bila nak settel kan... mari kita terjah barang sekeping 2 gambar yg telah diambil...

Nantikan lebih banyak lagi gambar selepas.. selepas.. selepas ini... jeng3x..


Monday, September 19, 2011

... Saya Tak Bagus ...

•♥• sy xbgs dlm ENGLISH..tapi sy blh bgtau yg..I LOVE YOU ♥ !
•♥• sy xbgs dlm GEOGRAFI..tapi sye boleh tau awk tinggal dalam HATI saya ♥ !
•♥• sy xbgs dlm SEJARAH..tapi sy INGAT FIRST TIME saye kenal awak ♥ !
•♥• sy xbgs dalam KIMIA..tapi sy blh bgtauTINDAK BALAS sy bila awak senyum ♥ !
•♥• sy TIDAK HEBAT dalam tiap2 subjek,, ♥ !
•♥• tapi sy blh bgtau awak yg sy hebat dlm semua SUBJEK ..jika TOPIC nyer ialah AWAK ! ♥

... Semakin Dekat Semakin Sibuk ...

sana sini.. sana sini.. terkejar-kejar... dah mcm tak cukup kaki dan tangan.. ada sesiapa yang baik hati nak bg sy pinjam kaki n tangan mereka tak... sy amat memerlukan nye wat masa sekarang nie... tiba-tiba rasa macam masa begitu mencemburui diri ku ini.. chewaah.... disaat-saat terakhir nie... terakhir ke?? takde lah terakhir sangat.. juz tinggal 20 hari je lagi nie... rasa mcm semua benda makin tak sempat nak disentuh... dah lah baru2 ni balik waktu cuti hari malaysia tu ingat kan baju nikah dah siap.. rupa-rupa nye tak siap lagi.. baju melayu lelaki tu nasib baik siap.. tu pun siap mcm ala kadar aje nye.... encik idung dah marah2 sebab janji sebelum raya dah boleh siap.. tapi ni dah berapa belas hari raya tp still tak siap2 jugak nye.... baju sy lagi la.. bayang pun tak nampak.. dah mcm halimunan pulak baju nikah sy nie... huhuhuhuhuuuu...... kalau baju nikah takde.. sy dgn encik idung terpaksa la pakai baju pagoda bersama2 kain batik n kain pelekat waktu akad nikah tu... mesti sempoi habis lah gua cakap sama lu... adoi... minta2 lah dijauhkan dari semua itu...... doakan yang terbaik untuk sy dan encik idung yerp... ^_^

Wednesday, September 14, 2011

... Dalam Dilemaaaaaa ...

alaaaaa kassssimmmm... sangat dalam dilema la sehari 2 nie.. ape kes cik sepet oiiii.... anda dah meroyan tahap ke berapa puluh dah tu utk harini... semua benda nak kena fikir.. bila fikir tu sorang-sorang pulak nya.. mahu tak meroyan diri ini... skung ni duk fikir pasal PRE-WEDDING... omg... pening sgt kepala nie.... nak buat tema ape.. kat mana.. dah ada tema nak kena pilih baju pulak nye.. baju tu mesti la kena dgn bentuk tubuh badan sy yg SGT la comey nie kan... hhuhuhuhu... sgt sakit kepala bila fikir bab nie.. ni baru bab pre-wedding dah pening bagai nak gila.. kalau masuk bab lain mahu menitik air mata sy nie........

semua kawan2 rasa ny dah tahu tahap kemeroyanan sy sekarang nie.. klu time gelak tu.. mmg la sy gelak.. tp gelak tu belum tentu ikhlas ke tak nya sebab kepala otak tak brapa nak center... hhohohohoho... apekah semua ini tekanan mental n fizikal bagi org yang akan menamatkan zaman bujang nye... owwwwwhhhhhhh tidakkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!! jgn lah begini........

cik sepet... sila tarik nafas dalam2.. hembus.. n sila tarik lagi..... n hembus perlahan2... nescaya lega sikit kepala otak anda tue..... hope sy berjaya la memilih tema n tempat utk pre-wedd sy 24 September ni nanti.... chayouk3x.. ^_^

sy nak sgt ambil gambar kat tempat mcm gambar di bawah nie.... kalau tak silap ni kat bukit serdang UPM tu... besssst nyeee.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Tuesday, September 13, 2011

... Lama Nyer ...

assalamualaikum w.b.t..... walaweiiiiiii.... lama gilossss tak wat cite merapu ayam nie... sangat sibuk la katakan.. sampai kadang-kadang nak makan pun tak sempat... *statement tu sila jgn percaya sangat kalau melibatkan hal makan..huahuahuaaa....*

btw... sekarang ni makin hari makin sibuk dgn semua hal.. dah mengalahkan perdana menteri dah sy nie.. perdana menteri pun tak sesibuk sy nie ha... banyak hal nak kena setel.. tp apa pun tak gerak-gerak jugak lagi... minggu ni nak balik kuantan.. balik tu pun coz nak uruskan tentang hal akad nikah... borang semua tak submit lagi.. so, hari khamis ni sy cuti utk setel kan semua tue.... sampingan balik tu juga utk pergi tgk baju nikah sy.. dah siap dgr2 nye... so nak p cuba try test la... kut2 hari tu ukur ny besar.. ni da mengecik ke.. kira oke la kan.. tkt haritu ukur besar... tiba2 hari ni lagi membesar.. itu memang kes naya... mahu ada manusia menangis sampai banjir kuantan tue.. hahahaha..

ermmm.... oke la.. nanti smbg cite lagi.... rasa mcm penat pulak nak buat entry nie... bubye semua...

Tuesday, September 6, 2011

... 33 Hari Lagi ...

33 hari aje lagi... apa yg 33 hari nye... 33 hari je lagi nak tukar status tu dari Cik kepada Puan... mcm tak percaya pun ada nie... sy jadi puan.... erkkk.. mcm kelakar pulak.... tapi apa pun tu la hakikat nya... zaman bujang ku bakal berakhir..... insyaAllah dengan izin dari Nya ku mohon semua berjalan dengan lancar... :)

Wednesday, August 31, 2011

... Raya Datang Lagi ...


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dgn limpah kurnianya dapat kita menyambut bulan syawal ini dengan penuh rasa kerendahan didalam hati.. bagi sy syawal kali ini sama seperti syawal yang lalu kerna kami adik beradik sahaja yang ada di rumah nie... tanpa abah dan mak disisi, sy rasa bulan syawal yg hadir sedikit sebanyak terasa hambar nya...walau apa pun sy ucap kan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua saudara mara serta sahabat handai sy jika ada tersilap kata mahupun terkasar bahasa.... :)





Thursday, August 25, 2011

... 'Hari Kami' - Kad Akad Nikah ...

assalamualaikum w.b.t... lama sgt tak update blog.. buat masa ni sy busy sikit sebab duk kelam kelibut dengan persiapan raya and majlis pernikahan sy nanti... jarak antara raya dengan majlis sy tu agak2 adalah dlm sebulan... semua nak kena siapkan secepat mungkin... harini boleh tarik nafas lega sikit sebab dah siap draf kad jemputan untuk majlis akad nikah dikuantan nanti.. esok dah boleh hantar cetak n by next week kad dah boleh berada di tangan sy... terima kasih tak terhingga sy ucapkan pada adik saudara sy iaitu irfan sebab tolong sy untuk membuat kad nie... sesiapa yang berada disekitar kuantan, pahang tu.. kalau nak tempah kad untuk apa2 majlis boleh la menghubungi irfan kat nombor nie... 013-984 9331 dan 09-514 5214... dia tolong design..dia tolong cetak..dia la yg tolong dan tolong sy...dia nye syarikat nama nye Qhelabu Art .. senang2 boleh la search fb dia.. harga mesti berpatutan sgt2 dia kasi... :)

Friday, August 19, 2011

... Macam Kurus La Pulak ...

suka pict nie.. nampak mcm sy kurus kan.. harharhar...
*perasan lebih*

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Thursday, August 18, 2011

... Bodoh Kah??? ...

ada rasa mcm orang bodoh tak bila kita hantar msg.. tak berbalas.. bila kita cal... tak berjawab.. serius rasa diri mcm orang bodoh.. bukan saje rasa mcm orang bodoh.. tp ditambah dgn rasa seperti diperbodohkan.... walau pun kita tau kita di perbodohkan.. tapi masih still pergi membodoh kan diri dengan buat benda yang sama berulang kali... sebab tu la kita ni jadi bodoh yang terlampau.... so sila jgn jd bodoh.. diperbodohkan atau membodohkan diri sendiri...

Monday, August 15, 2011

... Hanya Pada-Mu ...

ya Allah.. hanya pada-Mu ku bermohon... kau teguh kan lah hati hamba mu ini... semoga aku dapat melalui hari2 yang mendatang dengan tabah.. kau teguh kan lah jua hati ku ini dalam mengahadapi dugaan yang telah kau tentukan untuk diri ku ini... kau teguhkan lah hati ku ini jua supaya belajar erti sabar dalam segala hal... hanya pada-Mu ku mohon segalanya...

... Orang Sibuk Itu, Saya Sibuk Ini ...


assalamualaikummmmmmm semua... mood hari ni agak macam suam2 kuku gajah yer.. nak kata oke tu tak berapa nak oke la.. tapi macam oke jugak lah.. dah rupa mcm bos sy kan sy nye cara percakapan... berbelit ke sana dan kesini... hohhohoho.. so... ada sy kisah??

owh oke.. berbalik kita kpd cerita asal kita ye... orang sibuk itu.. saya sibuk ini... ape kes nie... sebenar nya takde lah kes berat pun... cuma bulan puasa ni.. sy tengok orang semua sibuk dengan persiapan raya.. tapi sy... OMG... mmg dah tak fikir raya nie... duk fikir hal nak kawin aje nye... mesti orang ingat sy gatal sgt nak kahwin kan.. tapi bukan itu sebab nye.. sebab nya adalah majlis akad nikah sy nanti insyaAllah akan dibuat selepas hari raya.. sebab tu lah mcm tak fikir hal raya sangat.... contoh2 kesibukan yang melanda sy sekarang ni adalah seperti berikut :-

1 - orang sibuk cari butik n kedai nak beli baju raya... saya sibuk cari butik pengantin untuk tempah baju sanding n pelamin...

2 - orang sibuk dengan kad raya.. sy sibuk tempah kad jemputan majlis kami nanti...

3 - orang sibuk menu untuk raya pertama.. sy sibuk dengan menu untuk bagi tetamu makan nanti...

4 - orang sibuk kira duit nk bagi duti raya.. sy sibuk kira duit nak bagi kat vendor2 bagi majlis kami...

5 - orang sibuk fikir kuih raya... sy sibuk fikir door gift....

6 - orang sibuk fikir nak deco rumah.. sy sibuk nak fikir mcm na nak deco tempat utk nikah....

jadi nye.. marilah kita bekerja dengan lebih tekun untuk mengelakkan diri dari bertambah lagi kesibukan yang ada.. tp buat masa ni orang semua sibuk buat keje... tp sy sy juz buat2 sibuk... harharharhar....


* yang ni mmg rupa org buat2 bz.. sampai tahap nampak mata aje nye.. :p *

Friday, August 12, 2011

... Gedikzzzzzz Nya Dia ...

segmen sentap dan sentap lagi... petang ni tiba-tiba angin tsunami datang melanda putrajaya... ehhh plzzz... i dun like gedikzzzzzz gurl oke... bila ada je masalah... timbul aje kan korang nie... ape korang ingat korang tu penyelesai masalah... korang tu hanya buat masalah lagi besar adalah... mmg sy tengah sentap sgt nie.... terlampau dah sentap nie....ishkkkkkk... hilang sabar sy bulan2 puasa kalau hari-hari macam nie lah... plz la... nak gedikzzzzzzzzz sgt pun pergi kat tempat lain... jauh dari pandangan mata sy.... damnnn...

... Metrojaya Sale ...


waweeee... mari memperabiskan duit di sini... datanglah beramai-ramai.. ajak lah sedara dekat atau jauh mai beli dan belah di PICC.... lai3x... jualan murah datang lagiiiii.. yiba3x...

... Saya Sentap ...


assalamualaikum...morning.....

sy sedang sentap nie.. sebab tu banyak hari tak buat entry... sentap.. bukan santap.. santap tu dah macam nak makan aje nye.. bulan puasa kut nie... hurmmmm... ape sebab sy telah menyentap kan diri sendiri hari ni... sebenar-benar cite nya adalah begini... sy JELES tahap gaban bila tengok gurl kurus + tinggi + cantik + cute + cun ++++++++.... bila dia jalan aje semua duk tengok.. sy sgt JELES oke... and then sy JELES lagi bila tengok gurl tu pakai ape pun cantik.. pakai ape pun semua cam kena aje dengan gaya nye.. tapi kalau sy yang pakai.. tak ke nampak mcm pokok krismas yang bergerak pulak... mcm cuba membuat diri nampak bodoh pun ada jugak kadang-kadang....

bila fikir-fikir balik tahap kejelesan sy nie... sampai ada kala ny sy nangis... kenapa la sy tak mcm diorang.. kurus n kurus n kurus.. kalau sy kurus mesti boleh pakai macam diorang jugak kan... hurmmm.. hurmmm.. dan hurmmm lagi... so the solutions is, sekarang ni sy bertekad pada diri sy.. supaya kurus... kurus dan kurus lagi.. aje nye biar tinggal mcm lidi... * mcm boleh je kan... perasan.... *

sekarang sy duk usha line baik punya pasal Premium Beautiful... agak mahal benda alah ni.. kalau beli mmg comfirm sy kurus.. tu tak pakai lagi dah kurus... sebab duk bayar benda alah ni sampai duit nak makan pun takde... sy rasa ramai yg kurus sebab beli benda ni aje... belum pakai.. kalau pakai terus pulak jadi lidi... wahahahaha... apa-apa pun... chayouk2 ain... nescaya ku menanam tekad di dalam diri ini.... past ni... lihat lah dunia..... opssssss... terlebey sudah... :p



* sy nak cantik mcm dia nie.... sgt jeles dgn kecantikan n keayuan dia... owh nasha aziz... mmg tak lah kan sy nak cantik mcm dia nie... tp dapat cantik bawah sikit dari dia pun dah oke kut..hahahahaa.... *

Wednesday, August 10, 2011

... Mulut oooo Mulut ...

kalau dah nama ny manusia tu tetap lah juga manusia.. dan kalau dah nama manusia tu tentu ny mempunyai mulut.. dan mulut manusia itu bukan lah seperti mulut tempayan yang mudah ditutup begitu sahaja... mulut manusia nie susah nak ditutup.. kalau kita tutup pun dia pandai buka sendiri... so fikir-fikirkan lah betapa bahaya nye disebabkan mulut nie... ada pepatah mengatakan.... sebab mulut, badan binasa... lebih kurang macam tu lah ayat nya.. sy pun tak berapa nak tau sangat bab2 pepatah nie.. kalau bab sentap sy tau... :P

mulut manusia ni kalau depan kita.. TERSANGAT lah baik ny... seperti pijak semut pun tak mati2... tapi kalau belakang kita memang terbaik sangat dia punya kata-kata aluan tu.. tu baru kata-kata aluan... belum sampai kata-kata yang ditengah... bila sampai penutup mesti lagi merbeloouuusssssss dia punya kata-kata.... ada juga jenis manusia ni punya mulut, kita memang tak amik port pasal dia... dia pula terlebey prihatin duk amik port baikkk punya pasal kita... dah la amik port pasal kita.. siap buat kata-kata aluan lagi tu.. dah kalau ada manusia macam ni... rasa nya elok dicilikan aje mulut dia tue... tapi bulan-bulan puasa ni elok la sabarkan aje hati yang tengah membara tu.. takut nanti lain pula kata-kata aluan dia bagi kat kita nye.... ^_^

jadi kita cubalah menjadi mulut manusia yang nak kata baik tu tak lah baik sangat.. tapi biar lah baik sikit... kalau tak banyak pun sikit jadi lah kan baik tue.... sy bukan nak kata diri sy baik.. sy pun tak perfect.. sy pun ada juga buat kata-kata aluan.. tapi sikit-sikit dah la... kalau orang tak amik tahu pasal kita.. kita tak perlu nak jadi manusia yang TERLEBIH prihatin sgt buat kata-kata aluan kat orang lain... sila tengok pada diri sendiri sebelum kita kata orang lain...nasihat ini di tujukan jua untuk peringatan bagi diri sendiri... peace no war... :D
* agak-agak boleh tak kt tutup mulut orang tu mcm nie... :) *

Tuesday, August 9, 2011

... 2 Bulan Bersamaan 60 Hari ...


tik tok tik tok tik tok... waweeeee.... ni nak suka ke nak apa nie... duk main hitung-hitung hari dah nie... adoi.... 2 bulan bersamaan 60 hari... 60 HARI je lagi nak tukar status.. pejam celik.. pejam celik.. haaaa... baru la ko tau kan ain.... OMG.. OMG.. sy sangat takut oke... grrrrr....

... Macam Best Pulak Nie ...

1. Bekas kekasih saya adalah :
yg no 1 ke no 2 ke no 3 ke no 4??? *mmg bnyk pulak kan...*

2. Saya sedang mendengar :
bunyi mesin faks yg tak reti diam setiap hari...

3. Mungkin saya patut:
pergi tido sebab bulan pose ni selalu aje mengantuk lebih...

4. Saya suka :
tengok wayang dengan yang tersayang... chewahh... :p

5.Sahabat-sahabat baik saya :
sahabat baik??ada ke?? ada.... Tengku Ratu Adie.. Norain Khaidir... :)

6.Saya tak paham :
kenapa SEMUA ORANG SIBUK TANYA BILA NAK KAHWIN??

7.Saya kehilangan :
parents yg sgtttttttttttttttttttt sy syg... :(

8.Ramai yang berkata :
kenapa ain suka tgk hp kemudian sengeh2.. suka hati sy lah... hp sy..sibuk aje.. :p

9.Makna nama saya :
lecture time poly dulu kata maksud nama Ainol Barieah itu adalah 'mata manusia'..entah betul entah tak.. kurang pasti...

10.Cinta itu adalah :
Suka.. Duka.. 1 cerita... :)

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
memerah otak nak menulis blog... *orang itu adalah sy oke..*

12.Saya akan cuba :
untuk berlagak biasa even sy rindu kan dia.. chit...

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
sepanjang hayat dikandung badan la kut kan...

14.Telefon bimbit saya :
ada 2.. n sy syg hp sy... tp sy nak pergi beli hp lain lagi kalau ada duit.. *sy seorang yg tamak kalau bab hp ok*

15.Bila saya terjaga dari tidur :
sy mesti tgk hp sy.. ada miscall or sebarang notifications.. n semestinya pukul 2 pagi ye..damn...

16.Saya paling meluat apabila :
gurl gedik tak sedar diri yang dia tu menggediks dengan hak orang lain ok..

17.Pesta/Parti adalah :
kenduri doa selamat.. BOLEH?? ada aku kisah...

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
rabbit... tapi tu pun dah lama tak jumpa.. dah pupus ke ape...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
20 ke atas.. tapi bawah 30...

20.Hari ini :
sy ingat nak bercakap tipon sampai abis bateri hp tue.. boleh? sah2 tak boleh punya..

21.Malam ini saya akan :

tengok tv sampai tertido...

22.Esok pula saya akan :
pergi keje n keje n keje....

23.Saya betul-betul inginkan :

duit raya yg banyak.....

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
muka sy sgt tak bermaya.........

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
yg 1st tue....

26.Makanan Barat atau Jepun :
of courseee le barat.. jepun tak pernah try lg...

27.Bilik yang terang atau gelap:
mmg tido 1 rumah kena pasang lampu.... *pembaziran oke*

28.Makanan segera adalah :
sedap & tak menyihatkan... *tapi tetap makan jugakkkkkkkkkk*

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
oke kak...

30.Siapa yang anda nak Tag?
tak de sape2 pun... :)

... Bonus Setengah Bulan ...

wah3x... harini ramai aje penjawat awam pergi kerja dengan bersemangat yerp... mentang-mentang semua dapat bonus kan.... terima kasih PM.. syg kat PM lebih harini.. hehehee... tak pasal-pasal sy syg kat PM pulak kan...

syukur sangat sebab even dapat bonus setengah bulan pun itu tetap duit kan.. bukan kita boleh dapat kat tepi jalan duit tu... ingat senang ke nak dapat duit sekarang nie?? tapi sebenarnya sy rasa tak puas hati sikit lah dengan segelintir manusia yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yg diberikan oleh Nya... kalau kita tengok lah kan, tak dapat bonus merungut.. kata kerajaan kedekut lah... hanya mementingkan orang atasan lah.. tapi bila kerajaan dah umumkan yang akan diberi bonus setengah bulan gaji... tetap ada juga yang merungut... eh... setengah bulan je.. kenapa tak bagi sebulan je terus.... ape korang ingat duit tu mmg boleh diberi kan sampai bonus 3 bulan gaji ke?? kalau duit tu bersepah mcm pokok duit-duit or macam sampah yang bertaburan tu tak heran lah kan..

cuba lah belajar bersyukur sikit.. even dapat setengah bulan and minimum RM500 tu tetap duit... boleh buat tambah bayar duit tol untuk balik kampung.. kalau rasa masih tak puas hati.. korang pergi pindah negara lain la.. duduk kat malaysia ni buat semak pun ada juga.... belajar bersyukur sebelum Dia tarik semua kesenangan yang diberikan oke... renung2 kan lah dan selamat beramal....


*apa sy nak beli ye dapat bonus kali nie........???baju raya sepasang cukup lah kan...*

Monday, August 8, 2011

... Berpantang Sebelum Bersalin??? ...

kawan-kawan ramai nya dah menamatkan zaman bujang mereka.. ada tu sebaya sy tapi dah ada 2 orang anak.. paling kurang mesti dah ada sorang.. tapi sy, zaman bujang pun tak habis2 lagi nie.. insyaAllah, kalau ada jodoh tak ke mana kan... kita mampu berdoa dan mensyukuri nikmat yang diberi... jgn terlampau merungut.. nanti ape pun tak bley... hurmmm... sejak-sejak ni selalu dengar orang bercerita perihal mengandung.. kat ofis ni pun ada juga yg berbadan dua... mcm lari berganti-ganti pulak diorang ni.. past sorang bersalin... nanti sambung pulak lagi sorang... tahniah la wahai kawan-kawan... nanti sy menyusul pulak ek... *berangan la lebih ain kan..hehehehe...*

ramai yang bagi nasihat kat sy even sy pun belum lagi menamatkan zaman bujang.. maybe dior
ang ingat sy ni dah pregnant kut.. sy ni pregnant kan lemak.. bukan pregnant kan anak.. sila jangan silap faham boleh... grrrrr.... ni juz reminder la.. kut2 nanti sy ada rezeki pregnant siapa tahu kan... diorang kata kena jaga percakapan kita, tingkah laku kita, perbuatan kita, perangai kita dan macam2 lagi.. kira nya memang kita kena berpantang sebelum kita berpantang sewaktu past bersalin tu ok... semua kena jaga.. sebab nanti takut ny effect kat baby kita... nanti kita sendiri menyesal tak sudah bila ape yang kita lakukan sewaktu pregnant tu effect pd bayi kita sendiri...

lagi 1, kita kena banyak makan makanan yang berkhasiat... OMG... sila jauhkan diri anda dari fast food and yang paling penting air yg bergas.... berpantang lagi....hurmmmm.... kita WAJIB minum SUSU... ohhhh tidakkkkkkkk.... for ur information.. SUSU la benda yang tak boleh lalu kat tekak sy nie.. comfirm muntah and keluar semua isi perut ni kalau cuba menelan susu nie.... tiap-tiap hari duk fikir bila la baru boleh minum susu nie.. takkan nak tunggu pregnant baru nak praktis minum kan... mmg taklah kan...ishhhhkkk... takde benda lain ke boleh gantikan susu tu.... tiba2 rasa tertekan pulak bila kena hadap susu tue... :(

sebenar ny banyak lagi yang diorang duk cerita pasal pantang larang orang mengandung nie.. tapi disebabkan sy tak mengandung lagi... macam malas pun ada nak ambil tau... sikit2 tu ok la kan.. tapi kalau banyak amik tahu sangat.. mcm terlebey advanced pulak sy nie.. hehehehe... :p



cantik kan muka nie... agak-agak nanti bila sy dah jadi isteri dan ibu mesti lagi cantik dari ni kan....
*mmg sy sgt perasan oke....*

... Isnin Punya Cerita ...

selamat pagi malaysia... selamat hari isnin... selalukan hari isnin semua orang mcm takde mood nak keje.. takde mood nak pergi skool... takde mood nak bgn seawal pagi... boleh dikatakan takde mood la dalam semua hal... and yang paling penting pada hari isnin ini lah jangan ada manusia yang berani mencari pasal spt bertanyakan bermacam2 soalan sedangkan kita mmg tidak tahu jawapan nye... membebel tanpa arah tujuan di lubang telinga kita sedangkan banyak lagi benda lain kita nak kena buat... n yang paling nice sgt perlu berjumpa encik TAN sebanyak 3 kali sejak menjejak kan kaki ke ofis dari pagi tadi... jadinya... kepada sesiapa yang rasa ada berbuat sedemikian rupa kepada orang2 disekeliling nye pada pagi ini.. tolong la hentikan perbuatan sebegitu... kerna, setiap manusia mood nye berbeza... kalau kena angin mmg tak betul hari isnin nie... sy rasa anda memang selayak nye makan penampar free d pagi hari oke...


agak-agak best tak kalau makan penampar macam ni di pagi hari... hahaha... :D

Friday, August 5, 2011

... Pintu ooo Pintu ...

~~~ Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan... Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita... Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba... Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka... ~~~

... Seorang Diri ...

harini dijangka akan berbuka puasa seorang diri di rumah.. oleh itu, persediaan dari segi mental dan fizikal perlulah teguh seperti mengkonkrit tiang rumah ye... dari 1st day puasa ada teman untuk berbuka.. but not today, coz kwn rumah sy si dak nany nie, hari jumaat aje mesti balik seremban rumah parents nye... untung kan keluarga dekat.. every week boleh balik... lagi untung bila kita balik je kampung, jumpa parents kita... dan lagi besttttttt nye bila balik kampung... mak kita dah siap masak makanan kegemaran kita.... waktu tu mesti sangatttt bahagia kan...

sy ingat lagi dulu, waktu mak masih ada... mak akan call tanya balik ke tak.. kalau kata balik mak tanya nak makan ape... siap order laksa lagi... mak sy mmg pandai buat laksa penang even dia org pahang... sgt besttttt.... sy ingat mak macam main2 je tanya.. tapi bila sampai kat pintu rumah.... bau kuah laksa... pergghh.. waktu tu sy rasa sy la anak paling bertuah sebab ada mak yang syg sy and sanggup masak makanan kegemaran sy tu...

tapi harini semua dah berubah... kena pandai berdiri di atas kaki sendiri = berdikari... makin hari kita semakin dewasa... so semakin hari jua berbagai masalah n rintangan perlu kita hadapi tidak kira kita seorang diri atau pun berteman... tapi apa yang sy tahu sekarang nie.. sy seorang diri dan sy harap 1 hari nanti ada orang akan teman sy setiap hari untuk melalui hari2 yang penuh onak dan duri ini... ~(*_^)~

Thursday, August 4, 2011

... Macaronssssss ...

tiba-tiba cam jatuh hati pulak tengok macaron nie.... comey bangat warna dia... mmg seyes saya sudah jatuh hati + jatuh cinta + jatuh tangga terhadap benda alah nie.... mana mau cari nie... sy dah bercadang nak jadi kan benda alah ini salah 1 perkara yang akan memberi makna pada diri ini.. chewahhhh ayat... tak leh blah kan.. hehehe.... tengah kumpul info tentang macaron nie... nak beli.. nak order... nak3x.... sangat comey kalau beli kaler pink n purple kan... chayouk3x... saya pasti boleh mencari MACARON iniiiiiiiiii.....

... Tengok Lagi, Padan Muka Sendiri ...

yeay2.. padan muka sy... dah tahu diri tu tak boleh tengok cerita hantu... gatal lagi pergi tengok kan... pastu sendiri yang tak boleh tido... thumbs up utk diri sendiri oke...

saya ni memang diciptakan sebagai seorang yang teramatlah penakut.. bukan sikit-sikit nya penakut... mmg nauzubillah dia punya penakut ye... tak tengok cerita hantu pun saya boleh terbayang macam-macam... apetah lagi kalau dah tengok.. more than that la diri ini akan terbayang2 benda alah tue... semalam gatal sangat tgk cite Blok 3A kat ofis nie.. semua gara2 kawan ofis yg kata cite tu tak menakutkan... tapi hakikat nya.. cite hantu mana tak menakutkan even cite you saka pergi jauh2 tu ha...

akhir nye disebabkan tengok cerita tu.. saya tak boleh tido semalam... asyik teringat tentang budak perempuan berambut panjang and berbaju kurung compang camping tue.... mmg muka dia tak menakut kan... tapi keadaan diri dia tue... so scaryyyy oke....... SEKARANG BILA DI OFIS SY RASA MCM NAK TIDOOOOOOOOO SGT... PENAT + MENGANTUK OKE... ADOIIIIYAII....

Wednesday, August 3, 2011

... Menangis Lagi ...

assalamualaikum...

mak.. abah.. ain nak mengadu nie... sekarang ni kerap sangat ain duk menangis... semua nya sebab orang kat tempat kerja ain nie... kenapa diorang mcm ni... ain tau la dia tu pegawai ain... dia punya umur pun lebih kurang sebaya dengan mak... tapi kenapa dia selalu sakit kan hati ain.. kenapa setiap hari ada je air mata ain akan menitis disebabkan kata-kata dan perbuatan dia tue... dia takde rasa hati sebagai seorang ibu ke sampai buat kat ain mcm tue... petang ni dia cari pasal lagi dengan ain.. tapi pada siapa ain nak mengadu... kalau ain mengadu kat faizal pun... dia sibuk dengan kerja dia.. nanti ain mesti mcm ganggu dia aje... ain selalu mengadu kat akak ofis ain nie... kak tina nama dia... dia pun kesian tengok ain asyik nangis aje.... mak.. abah... kenapa diorang buat ain mcm ni... mak.. abah.. kan bagus kalau mak dgn abah ada.. boleh ain tumpang menangis kat bahu mak dengan abah....(*:_:*)

... Saya Suka ...


sejak-sejak ni sy dah belajar pakai contact lense.. cadangnya ingat nak pakai time tuttt nanti... tapi dah alang2 membeli nie..so pakai je la terus kan....wah3x.. sekarang sy bertambah suka dgn mata sy... :)

... Wordless Wednesday ...


mood tgh tak berapa nak oke sekarang ni... rasa macam nak cari pasal aje.. agak-agak kalau cari pasal dengan Encik Tunang, dia akan balas ape ye kat diri ini... sah2 dia buat bodoh je... sebab dia tengah busy and sgt malas nak layan saya... sob3x... sgt sedey nie oke...

Tuesday, August 2, 2011

... Puasa ooo Puasa ...

1 Ogos 2011 = 1 Ramadhan 1432H = Hari Isnin.. ramai kawan2 saya yg mengambil cuti memandangkan 1st day puasa jatuh pada hari isnin.. dikesempatan itu maka ramailah yang pulang ke kampung halaman dan mengambil peluang untuk memulakan puasa pada tahun ini bersama-sama keluarga tersayang...

tapi saya... saya berpuasa dan berbuka bersama keluarga encik tunang... mula-mula semalam tu encik tunang ada di segamat kerna tuntutan kerja yang menyebabkan dia tak boleh pulang... kalau ikut kan johor akan bercuti pada 1st puasa.. tapi kerna kerja dia tak boleh pulang.... tapi tengahari semalam dia cal and kata takde orang pun datang untuk 'pemutihan' warga asing tu.. so dia pun dengan slumber redah je gerak dari segamat pukul 2 petang... sedangkan dia baru je pulang ke segamat pada petang ahad tu.... ni dia balik semula ke segamat mlm semalam... tak sampai 24 jam berada di KL tapi dah balik segamat semula...owhhhh... sgt dugaan ok... kesian memang sangat2 kesian kat dia... tenaga and duit abis kat tengah jalan macam tu aje kan.... :(

semalam sebelum berbuka tu ada cal keluarga kat kuantan.... tanya abang berbuka dgn siapa.. dia boleh buat ayat sedih kan.. abg sani berbuka sorang2 je nie.. org sana ada keluarga baru... sedap boleh makan ramai2... time tu jugak la air mata saya bergenang.. sebak gila dengar ayat abg tue.... jgn la camtu ya abg sani.. nanti sy balik sana sy masak sedap2 ye.. kita makan adik beradik.. sabar ye... sob2x.... :(

... 'Hari Kami' - Kad Jemputan & Butik Tepak Sireh ...

Assalamualaikummm....

Rasa nya tak terlewat lagi kalau nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.. semoga ramadhan kali ini membawa 1001 makna kepada hidup anda berbanding ramadhan yang lalu.... :)

oke lah.. berbalik ke cerita asal kita... last saturday selesai lagi 1 perkara untuk 'Hari Kami' nanti... kad jemputan dah pergi tempah... hoye2x... kad tu sebenar nya dah booked time pameran pengantin kat PICC last 2 month kalau tak silap.... kedai untuk tempahan kad tu terletak nya di seksyen 7 shah alam.. agak2 berdekatan la juga dgn i-city shah alam tu ha... dalam pada tu, sy sebenarnya kesian juga kat encik tunang... dia agak busy sekarang ni.. al maklum lah komitmen kerja kan.... dia kena balik juga ke sini dari segamat tu ha sebab nak pergi buat kad ni... hope kad sempat siap sebelum raya coz ibu encik tunang nak edar kan kad tu pada saudara-mara terdekat time raya nanti... so tak perlu la sampai 2 kali nak kena balik untuk beraya dan hantar kad jemputan kan.... sekarang ni penjimatan itu sangat la perlu.. hehehehe.....

lagi 1 hal yang dah setel sabtu lepas adalah tentang pelamin untuk majlis di Putrajaya ni.. akhir nya dapat juga lah butik yang dikira oke la harganya berbanding dengan butik2 yang agak bersepah di sekitar KL nie... bridal boutique ni terletak di Kelana Jaya... harga yang ditawarkan untuk kami pun still in budget lagi... so kami ni pun mmg dah penat mencari and mmg kami tak punya masa sangat untuk memilih dan terus memilih sekarang nie.. dipendekkan cerita kami setuju la untuk jadikan butik ni sebagai salah 1 vendor untuk majlis kami nanti... hope semua nya oke untuk next punya perbincangan...

Friday, July 29, 2011

... Ada Apa Pada Gred??? ...

setinggi mana pun gred jawatan seseorang itu, tapi sekadar menindas dan menyakit kan hati staff bawahan... baiklah kau buang aje gred kau tu dan jd seperti kami nie.... setakat gred tinggi melangit... tapi pemikiran tenggelam sampai ke dasar bumi buat ape.... juz menyakit kan hati orang-orang disekeliling ni kan??? apa ingat dengan gred yang tinggi tu kau boleh bagi arahan sesuka hati... bos aku yang memang dah sah-sah gred lagi tinggi dari kau pun tak buat mcm kau buat ni oke....

"awak tak nak jadi MC... awak kena lah buat surat tunjuk sebab".."sy kan gred lagi tinggi....so saya boleh arahkan orang bawahan saya..." WTH lah... kau guna perintah am bab berapa nie ha??? kau guna undang-undang negara mana ni ha??? pagi-pagi jumaat ni memang kau bagi aku sakit hati betul lah... sampai dah tahap hilang kesopanan dan kesusilaan aku sebagai gadis melayu ni....

kalau setakat kau nak guna pangkat kau tu untuk mengarah sesuka hati... kau memang silap la.... kau jadi la MC tu sendiri...... cakap senang aje kan.... cakap tu mmg la tak pakai duit.... pakai air liur je kan... sebab tu kau boleh cakap senang kan.... kau dengan balaci kau boleh jalan la oke.....